Sunday 28 August 2016

PENGAJIAN MALAYSIA: ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS ( BRITISH)

                                                       ZAMAN        PENJAJAHAN (INGGERIS)

Inggeris

  1. British membuat persiapan untukberdagang di Timur dengan menubuhkan SHTI aau East India Company (EIC) pada 1600
  2. British mencari tempat pelabuhan baharusebagai pangkalan laut untuk kapal-kapal British berlayar di timur Teluk Benggala.
  3. pada abad ke-17 British datang Kepulauan Melayu 
  4. Penjajahan British bermula apabila Sutan Muhammad Jiwa meghantar surat ke Gabenor British untuk meminta pertolongan bantuan tentera British daripada ancaman Bugis namun permihinan tersebut ditolak.
  5. Sultan Muhammad Jiwa menghantar seorang utusan ke Acheh untuk menemui EIC iaitu Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan kuala Kedah.
  6. Francis Light  menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberikan jaminan kosong kepada Sultan Abdullah.
PERJAJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu) Persetiaan London, ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.

Antara Syarat-Syarat Perjanjian
Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-
  • Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.[1]
  • Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.
  • Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda).
  • Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
  • Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.
kesan-kesan perjanjian
  • Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.
  • Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British danKepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
  • Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

NEGERI-NEGERI SELAT
*penguasaan British bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 dan di Singapura pada 6 Februari 1819. 
*British mempunyai tanah jajahan yang ketiga setelah Belanda meyerahkan Melaka kepada British dengan melalu Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824.
*Ketiga-tiga tanah jajahan British diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai NNS pada 1826.
*Pentadbiran NNS ditadbir olegh Gabenor Jeneral di Calcutta.
*Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang ditadbir oleh seorang Residen Kaunselor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura.
*1 April 1867,pentadbiran NNS di pindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Perluasan Kuasa  
*British menghadapi dahagi ( penentangan terhadap pemerintah) di India
*Bimbang timbulnya konflik dengan siam
*British mempertaruhkan prinsip berkecuali
*Campur tangan akan meningkatkan kos
* Akta Pitt yang diluluskan di India melarang pegawai British untuk campur tangan.

SISTEM RESIDEN
Tujuan kemasukan Residen ke Tanah Melayu adalah mewujudkan keamanan akibat masalah yang berlaku seperti:
*perang saudara antara pembesar dalam perebutan takhta dan kawasan
*pergaduhan antara kongsi gelap
*kegiatan lanun di Selat Melaka

Antara perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem Residen ialah.
*Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka
*Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah
*Pungutan cukai dan hasil negeri yang diketuai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British
*Sistem perhambaan dihapuskan

   

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BRITISH




NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

KESAN PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU ADALAH:
*Pemusatan kuasa pentadbiran di tangan residen Jeneral di Kuala Lumpur
*Kuasa sultan/raja hanya tertumpu pada urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu
*Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan untuk mengemaskni pentadbiran NMB
*Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan menyebabkan pengambilan pegawai British bertambah.
*Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak jelas dan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan
*Orang Melayu tidak dapat keuntungan dalam pembangunan
*DURBAR tidak berfungsi
*Sumber kewangan negeri berkurangan 

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
*10 Mac 1909 Pihak British dan Siam telah menandatangani satu perjanjianyang dinamakan sebagai perjanjian Bangkok.
*Kerajaan Siam menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis kepada British dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
*1914, Sultan Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan Britishdan bersetuju dengan penasihat British.

PENGAGIHAN KUASA PUSAT ( Desentralisasi 1920-1941)

- Rancangan Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

 Faktor desentralisasi diperkenalkan:

-  Sultan tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Persuruhjaya Tinggi
- Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri Melayu keseluruhnya yang sebelum ini terdiri daripada NNS, NNMB dan NNMTB.
- Kerajaan British ingin mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
- Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Persuruhjaya British dalam hal ehwal pentadbiran.

Perubahan-perubahan yang disyorkan oleh Sir Lawrence Guillemard melalui rancangan desentralisasi :
- Menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja- raja Melayu daripada majlis ini.
- Majlis Mesyuarat Negeri akan diberi kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri termasuk menguruskan belanjawaan negeri
- Jawatan Residen Jeneral dihapuskan
- Beberapa buah jabatan kerajaan yang sebelum ini ditadbir pada peringkat pusat ditukar kepada kerajaan negeri
- Sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923 untuk mengkaji pengagihan kuasa tersebut. Akhirnya beberapa cadangan yang dikemukkan oleh Guillemard.